Tuesday, July 7, 2009

assalamualaikum...

aku sendiri tertanya-tanya apa yang aku nak buat dalam hidup aku sekarang.....walaupun aku datang dari keluarga yang kurang berkemampuan tapi aku bersyukur kerana bagi aku peluang untuk berada dalam dunia ini...
aku merupakan anak ke-10 daripada 17 adik-beradik... aku ada 4 orang ibu dulu la tapi sekarang tinggal 2 jer mak aku dah meninggal dunia,,aku dan adik2 aku tinggal dengan ibu tua...walaupun aku membesar tanpa perhatian ibu kandung ketika umur aku 7 tahun dan adik-adik aku masih kecil aku redha...aku kini dibesarkan oleh maknab(panggilan manja untuk ibu tua) sehinggalah sekarang aku berumur 22 tahun...aku bukannya berkelulusan dari mana-mana universiti di malaysia...aku cuma belajar di ikbn jitra dalam jurusan jahitan pakaian wanita selama setahun,,,walaupun bukan minat aku tapi aku cuba juga untuk menimba ilmu yang tidak seberapa itu.sekarang dah 2 tahun aku habis belajar disitu dan hasil daripada kerja aku selama ini aku berjaya membeli 2 buah mesin jahit satu yang jahit lurus dan satu lagi untuk jahit tepi hasil daripada duit yang aku simpan dan sekarang aku bekerja sebagai kerani perlancongan di Changlun(my Hometown) memang minat aku pun. aku memang dari dulu lagi aku tak boleh berenggang dengan tempat nie aku pun tak tahu sebab apa???. (Rahsia)
Aku sebenarnya da sebuah impian..aku nak jadi usahawan dalam bidang penternakan haiwan..nak tawu sebab apa ...sebab dari kecil lagi memang aku suka sangat dengan binatang nie...xkira apa pun haiwan diri aku amat mengasihi haiwan nie...Sekarang nie aku ada bela 4 ekor arnab, kucing dan seekor anak kambing yag sememangnya aku jaga dia dari kecil lagi nak tawu ceritanya..masa tu umur nek(nama timangan kambing aku) blum sampai sebulan lagi.nek ada masalah kuku buruk...dan nek tak boleh jalan kesian sangat kat nek masa tu dah la tak boleh jalan dia plak kena pijak ngan kambing abah aku yang lain,susu pun dia x boleh minum sebab tak boleh berdiri..aku bagitau kat abah yang aku nak bela nek..abah bagi green light aku pun seronok la sebab impian aku nak bela kambing sendiri termakbul.Masa aku bawak nek balik abah ada bagi tawu aku kemungkiana besar nek akan mati tapi aku terima pandangan abah aku sebagai satu cabaran untuk aku berusaha supaya nek hidup,sesampai ja di rumah aku trus bagi nek minum susu...nek minum tu aku teruja sangat...abang aku cakap kat aku yang nek aku x hidup aku cabar diri aku yang aku mesti boleh dan jangan putus masa aku bawak nek balik sorang pun tak bagi sokongan kat aku sedih maknab pun marah kat aku dia kata kambing tu busuk ...aku x kisah..aku x kisah walaupun pedih,sakit hati aku sabar ..esoknya aku cuci kaki nek ngan ubat-ubatan memang aku selalu prepair benda nie sebab dulu masa kecil aku nak jadi doktor haiwan tapi tu dulu sekarang nie jadi doktor yang x bertauliah..hehhehe hbis aku cuci aku bagi nek minum susu...kakcik merangkap sepupu aku perli aku dia cakap ang da anak ke tam(nama timangan aku kat sini kira Glamour la aku kat kmpung masa blajar pun owang panggil aku nama tu heheh) aku kata haaa...pastu aku x kisah dah apa orang nak kata kat aku aku buat kering jer... pas sebulan aku bela nek aku tengok nek dah makin kuat cuma x boleh berjalan lagi...nasib baik la masa nie aku x keja lagi...(penganggur terhormat kat umah) kejer nek minum susu jer rumput pun dia x mau makan heran betul aku...pastu 2 bulan pastu nek dah boleh jalan aku la oarng paling seronok segala penat lelah aku berbaloi..banyak gak duit aku habis pasal beli susu kat nek aku bagi nek minum susu fernleaf hhehe kambing minum susu lembu...agaknya pasal tu la kot pertumbuhan nek terbantut...badan nek agak kecil dari kambing yang sama umur ngan dia.Hobi nek suka usik budak2 maklum la anak sedara aku ramai pas diaorang balik mengaji diaorang suka men ngan nek...habis keliling umah budak2 tu lari sebab nek kejar heheh xlarat aku nak gelak ngan perangai nek...sekarang nie umur nek dah 8 bulan xsangka kan dalam banyak owang dalam family aku la yang paling nek rapat kalu aku balik kejer nampak jer muka aku nek mesti lari mai kat aku kiranya macam sambut aku balik kejer la...nek kenal suara aku......aku panggil ja mesti dia sahuttt...hehehe bangga nya aku...aku x boleh tangkap pic nek takut nek mati ....jadi x boleh la aku letak dalam blog nie...kalu teringin nak tengok leh la mai kat umah aku.hehehe